Siapakah pengguna Sistem Anugerah Seri Angkasa?

Terdapat dua kategori pengguna Sistem Anugerah Seri Angkasa, iaitu:

  • Peserta – Organisasi penyiaran kerajaan atau swasta yang mengemukakan pencalonan ASA 2022.

  • Urus Setia K-KOMM – Jawatankuasa Pencalonan ASA 2022 dan pegawai teknikal K-KOMM yang akan menyelaras dan memproses permohonan pencalonan ASA 2022.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan bagi tujuan pendaftaran peserta pencalonan ASA 2022?

  • Layari https://asa.kkmm.gov.my dan daftar sebagai ‘Peserta’ dengan mengisi borang pendaftaran.
  • Setelah selesai mendaftar, pengguna akan menerima e-mel notifikasi pendaftaran.
  • Permohonan pendaftaran akan disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Pencalonan ASA 2022.
  • Permohonan yang disahkan oleh Jawatankuasa Pencalonan ASA 2022 akan menerima e-mel pengaktifan.
  • Pengguna boleh log masuk ke dalam Sistem Anugerah Seri Angkasa dan menghantar pencalonan.

Adakah terdapat sebarang panduan berkenaan penggunaan Sistem Anugerah Seri Angkasa?

Pemohon boleh merujuk kepada dokumen Manual Pengguna yang terdapat dalam Laman Web Anugerah Seri Angkasa.

Jika sekiranya organisasi, saluran tv atau stesen radio kami tidak disenaraikan dalam Sistem Anugerah Seri Angkasa, adakah kami boleh menyertai ASA 2022?

Boleh menyertai sekiranya memenuhi syarat-syarat pencalonan ASA 2022. Sila kemukakan permohonan kepada e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan permohonan akan diproses dalam tempoh dua (2) hari bekerja. 

Adakah perlu mengemukakan kesemua episod bagi kategori rancangan drama tv/radio bersiri?

Pencalonan hanya perlu mengemukakan tiga (3) episod iaitu episod awal, pertengahan dan akhir yang perlu digabungkan menjadi satu fail sebelum dimuat naik ke dalam Sistem Anugerah Sesi Angkasa.

Apakah tindakan yang boleh saya lakukan sekiranya gagal memuat naik bahan-bahan pencalonan yang diperlukan?

Sila hubungi Urus Setia Jawatankuasa Pencalonan (Meja Bantuan Pencalonan) melalui talian 03-89117927 / 7909 atau e-melkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk bantuan teknikal atau solusi alternatif.

Sesetengah kategori tidak mempunyai skrip untuk dimuat naik seperti Pengulas TV Terbaik. Apakah dokumen yang perlu dimuat naik dalam field “Muatnaik Skrip”?

Peserta boleh memuat naik dokumen yang berkaitan seperti dokumen susunan acara (running order) memandangkan field “Muatnaik Skrip” adalah mandatori.

Apakah maklumat yang perlu ada dalam surat pengesahan untuk dimuat naik ke dalam field “Muatnaik Surat Pengesahan”?

Templet surat pengesahan boleh dimuat turun dari pautan https://drive.google.com/drive/folders/10dLvXMXqwTevbWiRn9kodONi6z5IIS8n

Siapakah yang perlu membuat pengesahan dalam surat pengesahan?

Pengesahan perlu dibuat oleh Ketua Pengarah atau Pengarah atau pegawai di organisasi penyiar/saluran TV/stesen radio yang berkaitan.

Terdapat rancangan penuh yang berdurasi lebih daripada 180 minit (bersaiz lebih daripada 3.5GB) antaranya rancangan bagi kategori Liputan Sukan TV Terbaik dan Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik. Adakah masih boleh dicalonkan dan bagaimana untuk menghantar bahan-bahan pencalonan?

Jawatankuasa Pencalonan ASA 2022 telah mempertimbangkan dan membuat keputusan untuk membenarkan bahan-bahan pencalonan yang mana durasi rancangan penuh melebihi 180 minit untuk dihantar secara serahan tangan atau melalui kiriman pos.

Berikut adalah proses penghantaran bahan-bahan pencalonan bagi rancangan penuh yang melebihi 180 minit:

  1. Peserta perlu memohon melalui Sistem ASA, https://asa.kkmm.gov.my. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan field “Muatnaik Rancangan” di tab “Muatnaik” dimuat naik dengan sebahagian daripada rancangan penuh (seboleh-bolehnya satu jam terawal rancangan penuh tersebut).
  2. Dalam field “Durasi” di tab “Butiran Rancangan”, isikan durasi 180 minit (maksimum durasi yang diterima oleh sistem).
  3. Dalam field “Sinopsis” di tab “Butiran Rancangan”, sila nyatakan durasi sebenar (dalam minit) dan catatkan juga “Rancangan penuh adalah melebihi 180 minit dan dihantar secara serahan tangan / melalui kiriman pos.” Diikuti dengn penerangan mengenai synopsis rancangan tersebut.
  4. Cetak maklumat pencalonan yang telah dilengkapkan dalam Sistem ASA dan sertakan softcopy rancangan penuh tersebut dalam thumb drive.
  5. Sila kemukakan pencalonan secara serahan tangan atau kiriman pos kepada:

URUS SETIA
JAWATANKUASA PENCALONAN
ANUGERAH SERI ANGKASA 2022
JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
ARAS 6, KOMPLEKS KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
LOT 4G9, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4
62100 PUTRAJAYA


Pencalonan secara serahan tangan ke alamat di atas hanya dibuka pada hari bekerja sahaja bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Hari terakhir penerimaan pencalonan secara serahan tangan adalah pada 30 Ogos 2022 memandangkan 31 Ogos 2022 (hari terakhir pencalonan ASA 2022 dibuka) adalah hari cuti umum (Hari Kebangsaan).

Pencalonan secara kiriman pos perlu sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2022 dan tarikh kiriman pos atau perkhidmatan kurier tidak boleh dijadikan bukti penghantaran.

Thumb drive boleh diambil semula selepas dua minggu Majlis Kemuncak ASA 2022 selesai. Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan/kehilangan bahan-bahan tersebut. Sekiranya bahan-bahan tersebut tidak dituntut selepas sebulan dari Majlis Kemuncak ASA 2022 selesai, pihak Jawatankuasa Pencalonan ASA 2022 akan melupuskan bahan-bahan tersebut.

Sebarang pertanyaan dan penerangan lanjut, sila hubungi Urus Setia Jawatankuasa Pencalonan (Meja Bantuan Pencalonan).

Jika bahan-bahan pencalonan yang hendak dihantar tidak mempunyai poster atau logo rancangan seperti PSA, penyampai berita dan kapsul, apakah bahan yang perlu dimuat naik di ruangan “Muatnaik Logo/Poster Rancangan” di tab “Muatnaik”?

Organisasi penyiar, saluran TV atau stesen radio boleh memuat naik tangkap layar (printscreen) atau thumbnail video yang berkaitan memandangkan ruangan “Muatnaik Logo/Poster Rancangan” di tab “Muatnaik” adalah mandatori.

Bagaimana untuk hubungi urus setia bagi sebarang pertanyaan?

Sebarang pertanyaan umum atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Urus Setia Jawatankuasa Promosi & Publisiti

Tel: 03-89117361

Masa Operasi: 8.30 pagi – 5.00 petang.

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Urus Setia Jawatankuasa Pencalonan (Meja Bantuan Pencalonan)

Tel: 03-89117927 / 7909

Masa Operasi: Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.00 petang (tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad dan hari kelepasan am)

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.