Apakah tujuan Anugerah Seri Angkasa (ASA) dianjurkan?

Anugerah Seri Angkasa (ASA) adalah satu pengiktirafan Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) untuk memartabatkan karyawan, penggiat dan kru di belakang tabir seperti pelakon drama TV dan radio, penerbit program TV dan radio, jurukamera, wartawan penyiaran, media baharu dan lain-lain.

Bilakah tarikh pencalonan ASA 2022 dibuka?

Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 akan dibuka mulai 1 Ogos 2022 (Isnin) hingga 31 Ogos 2022 (Rabu).

Siapakah yang layak menyertai ASA 2022?

Pencalonan ASA 2022 adalah terbuka kepada:

  • rancangan TV dan radio terbitan tempatan yang disiarkan oleh organisasi penyiaran kerajaan dan swasta melalui siaran terrestrial, satelit dan IPTV sahaja; dan

  • kandungan media sosial terbitan tempatan oleh organisasi penyiaran kerajaan dan swasta sahaja yang khusus disiarkan di platform Youtube rasmi sahaja (tidak disiarkan di saluran TV dan radio).

Bagaimanakah cara untuk mengemukakan pencalonan ASA 2022?

Pencalonan ASA 2022 perlu dibuat melalui Sistem Anugerah Seri Angkasa melalui pautan https://asa.kkmm.gov.my. Sebarang pencalonan yang dihantar secara serahan tangan, melalui pos atau e-mel tidak akan diterima. 

Apakah syarat-syarat dan kriteria pencalonan ASA 2022?

Syarat-syarat umum pencalonan ASA 2022 dan kriteria pencalonan bagi setiap kategori, sila rujuk www.anugerahseriangkasa.gov.my

Apakah tempoh kelayakan pencalonan ASA 2022?

Rancangan yang dicalonkan mestilah pertama kali disiarkan di saluran TV, stesen radio atau akaun Youtube rasmi masing-masing dalam tempoh antara 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.

Apakah kategori yang dipertandingkan dalam ASA 2022?

Berikut adalah senarai penuh pencalonan bagi kategori TV, radio dan media sosial yang dipertandingkan dalam ASA 2022:


KATEGORI TV

Drama:

  1. Drama TV Terbaik
  2. Drama TV Bersiri Terbaik
  3. Pengarah Drama TV Terbaik
  4. Skrip Drama TV Terbaik
  5. Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik
  6. Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
  7. Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik
  8. Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik
  9. Pelakon Komedi TV Terbaik
  10. Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik

Bukan Drama (Rancangan):

  1. Dokumentari TV Terbaik
  2. Majalah TV Terbaik
  3. Bicarawara TV Terbaik
  4. Hiburan Muzikal TV Terbaik
  5. Komedi TV Terbaik
  6. Rancangan Agama TV Terbaik
  7. Rancangan Sukan TV Terbaik
  8. Liputan Sukan TV Terbaik
  9. Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
  10. Animasi Tempatan TV Terbaik
  11. Candawara (Game Show) TV Terbaik
  12. Rancangan Realiti TV Terbaik
  13. Promo TV Terbaik
  14. PSA & Kapsul TV Terbaik
  15. Montaj TV Terbaik
  16. Pengacara TV Terbaik
  17. Pengulas TV Terbaik

Bukan Drama (Berita Ehwal Semasa):

  1. Buletin Berita TV Terbaik
  2. Liputan Berita TV Terbaik
  3. Laporan Khas Berita TV Terbaik
  4. Liputan Khas Siaran Langsung TV Terbaik
  5. Penyampai Berita TV Terbaik
  6. Wartawan TV Terbaik

Teknikal:

  1. Jurukamera TV Terbaik (Single Camera Production)
  2. Jurukamera TV Terbaik (Multiple Camera Production)
  3. Suntingan Rancangan TV Terbaik
  4. Penataan Cahaya TV Terbaik
  5. Audio Rancangan TV Terbaik
  6. Pengimbangan Muzik TV Terbaik
  7. Set TV Terbaik
  8. Tatarias TV Terbaik
  9. Grafik TV Terbaik
  10. Kesan Khas TV Terbaik

 

KATEGORI RADIO

Drama:

  1. Drama Radio Terbaik
  2. Skrip Drama Radio Terbaik
  3. Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik
  4. Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik
  5. Pelakon Pembantu Lelaki Drama Radio Terbaik
  6. Pelakon Pembantu Wanita Drama Radio Terbaik

Bukan Drama (Rancangan):

  1. Majalah Radio Terbaik
  2. Dokumentari Radio Terbaik
  3. Bicarawara Radio Terbaik
  4. Hiburan Radio Terbaik
  5. Rancangan Interaktif Radio Terbaik
  6. Rancangan Agama Radio Terbaik
  7. PSA & Kapsul Radio Terbaik
  8. Promo Radio Terbaik
  9. Penyampai Radio Lelaki Terbaik
  10. Penyampai Radio Wanita Terbaik
  11. Pengulas Radio Terbaik

Bukan Drama (Berita Ehwal Semasa)

  1. Penyampai Berita Radio Terbaik
  2. Buletin Berita Radio Terbaik
  3. Liputan Berita Radio Terbaik

Teknikal:

  1. Pengimbangan Audio Muzik Radio (Studio) Terbaik
  2. Pengimbangan Audio Muzik Radio (Lokasi) Terbaik


KATEGORI MEDIA SOSIAL

  1. Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  2. Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  3. Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  4. Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
  5. Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik.

Adakah rancangan yang diterbitkan secara usaha sama dengan negara luar boleh dicalonkan?

Rancangan yang diterbitkan secara usaha sama dengan negara luar termasuk liputan, rancangan kerjasama dan rancangan format francais tidak layak dicalonkan.

Adakah setiap organisasi dibenarkan menghantar lebih daripada satu pencalonan untuk kategori yang sama?

Ya, boleh dengan penetapan seperti yang berikut:

  1. Setiap saluran TV dibenarkan mengemukakan:
    • lima (5) pencalonan bagi setiap Kategori TV; dan
    • dua (2) pencalonan bagi setiap Kategori Media Sosial.

  2. Setiap stesen radio dibenarkan mengemukakan:
    • dua (2) pencalonan sahaja bagi setiap Kategori Radio; dan
    • dua (2) pencalonan sahaja bagi setiap Kategori Media Sosial.

Adakah syarikat penerbitan swasta boleh menyertai atas kapasiti sendiri?

Tidak boleh. Semua pencalonan perlu melalui organisasi penyiar, saluran TV atau stesen radio. Syarikat penerbitan swasta diminta merujuk kepada organisasi penyiar, saluran TV atau stesen radio yang menyiarkan rancangan mereka untuk mempertimbangkan pencalonan mereka.

Bolehkah saya mencalonkan orang yang sama untuk Kategori Pelakon Drama TV Terbaik bagi dua buah drama yang berlainan?

Boleh.

Adakah rancangan-rancangan bersiri yang mula ditayangkan (episod 1) sebelum 1 Januari 2020 atau tamat (episode akhir) selepas 31 Disember 2021 boleh dipertandingkan dalam ASA 2022?

Tidak boleh. Episod pertama dan episod akhir (keseluruhan episod) rancangan bersiri yang hendak dicalonkan mestilah disiarkan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.

Bagi rancangan-rancangan (bukan bersiri) yang telah mula disiarkan sebelum tahun 2020, seperti Rancangan Hiburan Muzikal TV dan Rancangan Realiti TV, adakah boleh menyertai ASA 2022?

Boleh, dengan mencalonkan satu rancangan terbaik yang disiarkan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021. 

Adakah maklumat dalam borang pencalonan dan bahan-bahan pencalonan yang dikemukakan boleh dipinda/dikemas kini?

Borang pencalonan dan bahan-bahan pencalonan boleh dipinda/dikemas kini dalam Sistem Anugerah Seri Angkasa 2022, https://asa.kkmm.gov.my sepanjang tempoh pencalonan dibuka (1 hingga 31 Ogos 2022). Sebarang pindaan atau kemas kini selepas tempoh pencalonan ditutup adalah tidak dibenarkan.

Adakah keputusan kelayakan untuk bertanding akan dimaklumkan kepada saya?

Saringan kelayakan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 selepas tarikh tutup pencalonan dan keputusan sama ada penyertaan layak dipertandingkan atau ditolak akan dimaklumkan kepada peserta melalui notifikasi e-mel atau semakan melalui Sistem Anugerah Seri Angkasa dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh tutup pencalonan.

Apakah jenis akaun Youtube yang dibenarkan untuk dicalonkan dalam kategori media sosial?

Akaun Youtube yang telah verified sahaja yang dibenarkan.

Bagaimana untuk hubungi urus setia bagi sebarang pertanyaan?

Sebarang pertanyaan umum atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Urus Setia Jawatankuasa Promosi & Publisiti

Tel: 03-89117361

Masa Operasi: 8.30 pagi – 5.00 petang.

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Urus Setia Jawatankuasa Pencalonan (Meja Bantuan Pencalonan)

Tel: 03-89117927 / 7909

Masa Operasi: Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.00 petang (tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad dan hari kelepasan am)

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.