Sistem

Soalan Lazim

Sistem

Anugerah Seri Angkasa (ASA) adalah satu pengiktirafan kerajaan melalui Kementerian Komunikasi (KK) untuk memartabatkan karyawan, penggiat dan kru di hadapan dan di belakang tabir seperti pelakon drama TV dan radio, penerbit program TV dan radio, jurukamera, wartawan penyiaran, media baharu dan lain-lain.

Sistem Pencalonan ASA (MyASA) akan dibuka mulai 4 Jun 2026 (Khamis) hingga 22 Jun 2026 (Isnin), pukul 11:59 malam.

Hanya organisasi penyiaran kerajaan dan swasta yang berlesen dengan MCMC sahaja boleh mengemukakan pencalonan.

 

Syarat-syarat utama ASA 2026 seperti di bawah:

  1. Kandungan audio dan audiovisual terbitan tempatan yang disiarkan oleh organisasi penyiaran kerajaan dan swasta yang berlesen;
  2. Pencalonan hanya boleh dibuat oleh organisasi penyiaran atas nama organisasi masing-masing;
  3. Kaedah penyiaran melalui siaran terrestrial, satelit dan IPTV milik stesen penyiaran yang berlesen sahaja; dan
  4. Siaran kali pertama dalam dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2025 sahaja.

Wakil penyiar boleh memuat turun syarat dan kriteria ASA 2026 di melalui portal rasmi ASA 2026.

Pencalonan ASA 2026 boleh dibuat melalui Sistem Pencalonan ASA (MyASA) di portal rasmi ASA 2026 seperti di pautan www.anugerahseriangkasa.gov.my

Kandungan audio dan audiovisual kali pertama disiarkan di saluran TV, stesen radio atau platform media baharu masing-masing dalam tempoh antara 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2025 sahaja.

Terdapat 60 kategori dipertandingkan dalam ASA 2026 seperti di bawah:

  • 40 kategori TV;
  • 17 kategori radio; dan
  • Tiga (3) kategori media baharu.

Wakil penyiar boleh menyemak senarai penuh kategori ASA 2026 seperti di pautan www.anugerahseriangkasa.gov.my

Terdapat dua (2) kategori baharu yang diperkenalkan iaitu:

  • Kategori Radio: Pengulas Radio Terbaik; dan
  • Kategori Media Baharu: Drama/Drama Bersiri/Drama Mikro Terbaik

 

Sebarang kandungan audio dan audiovisual yang disiarkan di platform Youtube, Instagram, Tiktok, Spotify, Facebook, X, Over The Top (OTT) dan lain-lain platform media baharu yang berkaitan.

Rancangan yang diterbitkan secara usaha sama dengan negara luar termasuk liputan, rancangan kerjasama, rancangan format francais dan kandungan syndicated TIDAK LAYAK DICALONKAN.

Wakil penyiar boleh menghantar lebih daripada satu pencalonan untuk kategori yang sama dengan kuota yang ditetapkan seperti yang berikut:

  • Setiap saluran TV dibenarkan untuk mengemukakan lima (5) pencalonan bagi setiap Kategori TV;
  • Setiap stesen radio dibenarkan mengemukakan dua (2) pencalonan bagi setiap Kategori Radio; dan
  • Setiap Kategori Media Baharu dibenarkan mengemukakan dua (2) pencalonan sahaja bagi setiap Kategori Media Baharu.

Wakil penyiar perlu mengemukakan tiga (3) episod iaitu satu (1) episod awal, satu (1) pertengahan dan satu (1) akhir.

Wakil penyiar WAJIB mengisi surat pengesahan pencalonan dengan pengesahan yang boleh dimuat turun melalui Sistem Pencalonan ASA (MyASA) dan perlu memuat naik semula dalam format PDF.

Pengesahan perlu dibuat oleh Ketua Pengarah, Pengarah atau pegawai di organisasi penyiar/saluran TV/stesen radio yang berkaitan.

Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak urus setia dan WAJIB hadir ke Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026. Calon perlu menghantar seorang wakil sekiranya tidak dapat hadir pada malam tersebut.

Kandungan audio dan audiovisual yang diterbitkan dalam bahasa selain daripada bahasa Melayu dan Inggeris WAJIB disertakan sekali dengan:

  1. Sari kata untuk terbitan TV;
  2. Teks terjemahan untuk terbitan radio; dan
  3. Sari kata atau teks terjemahan untuk terbitan media baharu.

Sari kata atau teks terjemahan adalah dalam bahasa Melayu atau Inggeris sahaja.

Tidak boleh. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan.

Urus Setia Jawatankuasa Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 Kementerian Komunikasi

No. Telefon:03 – 8911 5452
Masa Operasi:Isnin – Jumaat
 :9:30 pagi – 12:30 tengah hari; dan
  2:30 petang – 4:30 petang
  (tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad dan hari kelepasan am)
E-mel:pencalonanasa@komunikasi.gov.my

 

Scroll to Top