Sistem

Soalan Lazim

Sistem

Terdapat dua kategori pengguna Sistem Pencalonan ASA (MyASA) iaitu:

a) Wakil penyiar – Wakil dari organisasi penyiaran kerajaan atau swasta yang mengemukakan pencalonan ASA 2026; dan

b) Urus Setia Kementerian Komunikasi – Jawatankuasa Pencalonan, Jawatankuasa Penjurian dan pegawai teknikal yang menyelaras/memproses permohonan pencalonan ASA 2026.

a) Layari portal rasmi ASA 2026 https://www.asa.komunikasi.gov.my dan akses ke portal sistem pencalonan ASA (MyASA) dan daftar sebagai ‘Wakil penyiar’ dengan mengisi butiran pendaftaran yang diperlukan.

b) Setelah selesai mendaftar, pengguna akan menerima e-mel notifikasi pendaftaran.

c) Permohonan pendaftaran akan disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Pencalonan ASA 2026.

d) Permohonan pendaftaran yang disahkan oleh Jawatankuasa Pencalonan ASA 2026 akan menerima e-mel pengaktifan.

e) Pengguna boleh log in dan akses masuk ke Sistem Pencalonan ASA (MyASA) dan menghantar pencalonan.

Wakil penyiar boleh merujuk kepada dokumen Manual Pengguna yang telah dimuatkan dalam Sistem Pencalonan ASA (MyASA).

Butiran maklumat tidak boleh dipinda selepas wakil penyiar membuat pengesahan semua maklumat. Kesilapan dalam mengemukakan semua maklumat boleh menyebabkan permohonan ditolak. Sebarang pindaan atau kemas kini selepas tempoh pencalonan ditutup adalah tidak dibenarkan.

Gambar calon ukuran pasport dengan latar belakang warna putih (format png atau jpeg) sahaja.

Format dalam MOV/MP4/AVI.WAV dengan resolusi sekurang-kurangnya HD 1920 x 1280.

Pihak Urusetia Jawatankuasa Pencalonan Anugerah Seri Angkasa menyediakan kemudahan fasiliti bagi memudahkan urusan penggunaan sistem Pencalonan ASA (MyASA) mulai 4 Jun 2026 (Khamis) hingga 22 Jun 2026 (Isnin) bertempat di Makmal Komputer B, Aras 19, Kementerian Komunikasi dan masa operasi adalah seperti berikut:

Urus Setia Jawatankuasa Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026
Kementerian Komunikasi

No. Telefon:03 – 8911 5452
Masa Operasi:Isnin – Jumaat
9:30 pagi – 12:30 tengah hari; dan
2:30 petang – 4:30 petang
(tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad dan hari kelepasan am)
E-mel:pencalonan.asa@komunikasi.gov.my
Scroll to Top